Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Buruh didakwa acu pisau dan rogol remaja 13 tahun

Seorang buruh berdepan dakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 13 tahun dengan mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian di Jalan Bayam, 25 Februari lalu.

Tertuduh, Jafrifoo Che Ali, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun selepas tertuduh menakut-nakutkannya dengan mengacukan pisau kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bayam kira-kira jam 7 malam pada 25 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara minimum 10 sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin dan tertuduh diwakili peguam, Nur Fatin Shahirah Abu Hassan.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon supaya mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia membabitkan kesalahan serius selain mengambil kira mangsa berusia 14 tahun.

Katanya, terdapat risiko tertuduh menganggu mangsa serta saksi selain mangsa dan tertuduh tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.

Nur Fatin Shahirah pula memohon jaminan ditawarkan dan memberi jaminan anak guamnya tidak akan mengganggu proses perbicaraan dan keluarga tertuduh juga akan membawa anak guamnya tinggal di Kubang Kerian.

Namun, mahkamah memutuskan tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.

Lihat Komen
ADS