Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majlis Pemimpin Politik Wanita cadang 30% wakil rakyat wanita di parlimen

Majlis Pemimpin Politik Wanita Malaysia (Comwel) akan mengusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbang 30 peratus kerusi parlimen buat wanita, kata ketuanya Zuraida Kamaruddin.

Tambah Zuraida, cadangan yang dikemukakan Comwel itu tidak memerlukan sebarang perubahan undang-undang sedia ada serta dapat dilaksanakan dengan mudah.

“Insya-Allah, kita akan mencadang kepada Pengerusi SPR untuk mempertimbangkan kerusi yang ditetapkan buat wanita bagi pilihan raya akan datang.

“Ia tidak mustahil dan sulit untuk dilakukan. Hanya 30 peratus dari 222 kerusi tetap atau 67 kerusi untuk wanita,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Comwel.

Comwel merupakan satu organisasi yang merangkumi 13 anggota parlimen wanita dan 31 anggota dewan undangan negeri (Adun).

“Cuma ada 84 anggota parlimen wanita sejak merdeka. Dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, kita cuma ada 33 wakil wanita iaitu hanya 14.86 peratus dari jumlah keseluruhan anggota parlimen dalam negara,” kata Zuraida yang juga merupakan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

[Laporan penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS