1,448 kes baru, 5 lagi kematian
Jumlah penularan kes Covid-19 masih berada pada tahap empat angka walaupun secara keseluruhan ia menunjukkan trend penurunan dengan 1,438 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi berbanding 1,529 kes semalam.
Seramai 2,137 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes aktif akhirnya turun di bawah paras 20,000.
Maklumat utama
Jumlah kes sembuh baru: 2,137 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 298,516 kes (94.0%)
Jumlah kes baru: 1,448 kes
Jumlah kumulatif: 317,717 kes
Jumlah kes aktif: 18,009 kes
Kes tempatan: 1,438 kes (878 WN i.e. 61.1%, 560 BWN i.e. 38.9%)
Kes import: 10 kes (1 WN, 9 BWN)
Jumlah kematian baru: 6 kes (6 WN)
Jumlah kumulatif kematian: 1,192 kes (0.38 %)
Jumlah kes di ICU: 151 kes
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 72
Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 561 kes atau 38.7 peratus. Daripada jumlah itu, sebanyak 484 kes atau 86.3 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 273 kes atau 18.9 peratus dan Sarawak sebanyak 199 kes atau 13.7 peratus.
Sebanyak15 kes atau 1.0 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (5 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Tembok Bendera (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Johor, Melaka, dan Sabah. Semua kes kematian melibatkan warganegara.
Maklumat berkaitan kluster
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia
Jumlah kluster: 1,217 kluster;
Jumlah kluster baru: 5 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat: 768 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Batu, Kluster Intan Mas, Kluster Kupang, Kluster Tapak Bina Jalan Nipah, Kluster Sri Gading, Kluster Jalan Ithnin, Kluster Padas Damit, Kluster Kampung Samin, Kluster Seri Bayu, Kluster Industri Grisek, Kluster Jalan Suasa, Kluster Kampung Lukut, dan Kluster Jalan Satu KKIP);
Jumlah kluster aktif: 449 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baru: 59 kluster;
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud (151 Kes), Kluster Parit Penyengat Darat (123 kes), dan Kluster Jalan Changkat Jong (49 kes).
KKM juga memaklumkan terdapat lima kluster baru yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan dua kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster berkaitan komuniti, dan satu kluster import.


