Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPD di Pulau Tioman mulai esok - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Mar 15, 2021 6:49 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pulau Tioman, Rompin, Pahang mulai 16 hingga 29 Mac ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendapat nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

““KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Sehingga 14 Mac lepas, KKM telah melaksanakan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 16 kes positif telah direkodkan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKP di Nabawan, Sabah selama 14 hari lagi bermula 17 hingga 30 Mac ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS