Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amnesty: Dunia terlepas pandang vaksinasi pada banduan

Tatkala negara di dunia berusaha memberi vaksin Covid-19 kepada kumpulan berisiko, banduan seolah-olah dilupakan, lapor Sputnik memetik laporan Forgotten Behind Bars oleh Amnesty International.

"Rancangan, dasar dan rawatan vaksinasi terhadap banduan kurang jelas...Ia memerlukan perhatian global," kata badan antarabangsa itu pada Khamis.

Laporan setebal 57 halaman itu meninjau tindak balas 69 kerajaan terhadap virus yang turut menular di pusat tahanan. Laporan itu merumuskan langkah yang ada tidak mencukupi dan ada kala melanggar hak.

Ketika hanya kira-kira 71 negara menetapkan dasar vaksinasi untuk sekurang-kurangnya satu kumpulan di penjara yang terdedah secara klinikal, banyak yang lain, termasuk negara berpendapatan tinggi, terus berdiam atau tidak jelas mengenai rancangan vaksinasi terhadap banduan.

"Penjara antara beberapa tempat paling berisiko untuk penularan Covid-19 dan kita tidak boleh mengabaikan hak kesihatan mereka yang di penjara," kata Pengarah Penyelidikan dan Advokasi Amnesty, Netsanet Belay.

Terdapat lebih 11 juta banduan di seluruh dunia mempunyai akses terhad kepada sanitasi sempurna, kelengkapan perlindungan diri dan penjagaan kesihatan, menjadikan penjara sebagai pusat penyebaran penyakit ini. Populasi penjara yang semakin berusia, risiko kesan buruk dan kematian juga semakin meningkat.

Laporan itu memetik hasil dapatan suruhanjaya nasional Covid-19 di Amerika Syarikat, yang mempunyai jumlah banduan terbesar di dunia.

Dianggarkan kadar kematian di penjara Amerika Ogos lalu dua kali lebih tinggi berbanding orang awam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS