Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis, kerajaan diarah bayar RM357,500 pada waris tahanan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan kini diarah membayar ganti rugi berjumlah RM357,500 ekoran kematian dalam tahanan P Chandran pada 2012.

Hal itu berlaku walaupun Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 6-1 membenarkan rayuan mereka berhubung tuntutan dibuat keluarga si mati.

Keputusan tersebut - dibacakan hakim Mahkamah Persekutuan Rhodzariah Bujang - menyebut keluarga terbabit tidak berhak mendapat ganti rugi teladan mengikut Seksten 8(2) Akta Undang-undang Sivil 1956.

Bagaimanapun katanya keluarga terbabit masih berhak mendapat ganti rugi teruk.

Pada 9 Jan 2017 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tindakan undang-undang diambil oleh balu Chandran, N Selvi, 50, dan anak perempuan mereka C Rita, 27.

Keluarga Chandran diberikan ganti rugi berjumlah RM357,500 membabitkan RM200,000 for ganti rugi teladan, RM144,000 kerana hilang pendapatan, RM10,000 kerana kehilangan tempat bergantung dan RM3,500 ganti rugi khas untuk perbelanjaan pengebumian.

Pada Mei 2017 Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ganti rugi itu ketika menolak rayuan yang dibuat PDRM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS