Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tun Faisal digantung 6 tahun dari Umno
Diterbitkan:  Mar 28, 2021 8:19 AM
Dikemaskini: 12:22 AM

Bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz digantung dari Umno selama enam tahun.

Surat penggantungan itu dikeluarkan semalam, selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno mengesahkan keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti pada 8 Mac.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan itu menyatakan bahawa penggantungan itu kerana melanggar tataetika sebagai ahli Umno.

Laporan Utusan Malaysia mendakwa bahawa Ketua Umno Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor mengatur laporan disiplin terhadap Faisal - yang merupakan timbalannya - dipercayai kerana mengkritik presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi.

Faisal sebelum ini mengkritik Zahid dan pemimpin parti lain yang menyokong untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu.

Faisal juga mengkritik apa yang dispekulasikan sebagai usaha untuk membawa Umno bekerjasama dengan PKR.

Bagaimanapun, Zahid mengatakan bahawa tidak akan ada kerjasama dengan PKR menjelang pilihan raya umum ke-15.

Lihat Komen
ADS