
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 1,302 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.
Sarawak mencatatkan 426 kes baru hari ini, yang merupakan angka tertinggi di negeri itu sejak penularan wabak ini di Malaysia.
Ini merupakan kali kedua kes baru di Sarawak melangkaui 400. Kali pertama pada 19 Mac lalu, dengan 407 kes.
Sementara itu, kes baru di Selangor terus menurun dengan 256 kes hari ini.
Maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:
Kematian
Empat kes kematian hari ini melibatkan dua pesakit di Sarawak dan masing-masing seorang di Selangor dan Kedah.
Korban berusia antara 63 hingga 77 tahun dengan kesemuanya mengidap penyakit kronik lain.
Perincian berkenaan kes kematian akibat Covid-19 boleh didapati di laman penjejak Malaysiakini.
Kluster
KKM turut memaklumkan terdapat tiga lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini.
Pada masa sama, 14 kluster diisytihar tamat, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 381 kluster.
Berikut perincian berkenaan kluster baru:
Kluster Sungai Pelek
Kluster Patek
Kluster Pagar Bukit Chagar
