Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Muda: Isu peruntukan J-kom contoh perlunya penelitian parlimen
Diterbitkan:  Mar 31, 2021 5:10 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Eksekutif tidak boleh diberikan kuasa mutlak dalam kewangan kerana penelitian Parlimen terbukti berkesan pada masa lalu, kata Naib Presiden Jawatankuasa Pro-Tem Muda Lim Wei Jiet.

Jelas Lim, salah satu contoh adalah ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menarik semula peruntukan RM85.5 juta untuk J-kom setelah dikritik ahli parlimen pembangkang dan wakil dari parti kerajaan sendiri.

"Namun, kini, perdana menteri itu sendiri mempunyai kuasa mutlak menentukan bagaimana kewangan negara harus diperuntukkan.

"Beliau tidak perlu menjawab kepada ahli-ahli Parlimen (baik dari pembangkang atau backbencher), mahupun ahli kabinet beliau sendiri.

"Adakah beliau begitu taksub terhadap kuasa sehingga tidak mempercayai menteri kewangan sendiri untuk menentukan hala tuju perbelanjaan negara?" soalnya.

Menurut pindaan terbaru terhadap Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021, ia membenarkan penggantungan dua undang-undang yang memerlukan pemeriksaan Parlimen terhadap kewangan kerajaan.

Ini bermaksud bahawa kerajaan persekutuan dan negeri sekarang perlu meminta izin untuk membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan sebelum membentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Contoh yang dirujuk oleh Lim berlaku semasa sidang Belanjawan 2021 pada suku keempat tahun lalu. Pentadbiran Muhyiddin pada mulanya ingin menghidupkan kembali unit propaganda yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Setelah kecaman keras dari anggota parlimen, Jasa dijenamakan semula menjadi J-kom dan peruntukan yang dicadangkan dikurangkan menjadi RM40.5 juta.

Di luar penguatkuasaan darurat, kerajaan akan menggunakan peruntukan sedia ada sebelum meminta persetujuan DUN untuk meluluskan RUU tambahan.

Wakil rakyat kemudian berpeluang meneliti bagaimana wang itu dibelanjakan.

Parlimen digantung sejak 11 Januari susulan pengisytiharan darurat, yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos.

Lihat Komen
ADS