Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Usaha nyah daftar Umno: ROS persoal sumber dakwaan Adun DAP

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Jasri Kasim mempersoalkan sumber dakwaan Ketua Pemuda DAP Howard Lee yang menggambarkan terdapat usaha untuk menyah daftar Umno Jun ini.

Jelasnya, Lee juga tidak pernah berhubung dengan pihak ROS berhubung kenyataan yang dikeluarkan.

“Dia punya sumber dari mana? Rujukan dia bukan dari ROS. 

"Dia tak berhubungan dengan kami berhubung kenyataan itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hari ini, Lee yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji mengeluarkan kenyataan mendakwa terdapat cubaan menyah daftar Umno.

Jelas bekas exco Perak itu lagi, kebarangkalian usaha itu wujud lebih tinggi apabila MCA dan MIC dilihat lebih memihak kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berbanding BN pada ketika ini.

“Ia mungkin suatu kehebatan rancangan perpaduan ummah yang diusahakan PN dan beberapa pihak di dalam Muafakat Nasional (MN). 

"Cumanya, jika ia menjadi kenyataan Umno itulah yang dijadikan korban sampingan untuk ditelan dan dicerna dari dalamnya sendiri,” jelas Lee.


Baca ULASAN | Umno sedang dikhianati dari luar dan dalam


Ditanya adakah kenyataan yang dikeluarkan Lee itu tidak benar, Jasri – yang tidak menafi atau mengesahkan perkara tersebut - menegaskan pihaknya tidak pernah keluar kenyataan berhubung dakwaan Lee.

“Rujukan itu bukan dari ROS. ROS tak pernah keluar kenyataan macam itu,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS