Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rara beritahu Dr M: DAP ekstrem tapi hal demokrasi, kebajikan rakyat
Diterbitkan:  Apr 9, 2021 3:23 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman hari ini berkongsi pertemuannya bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin muda DAP yang juga dikenali sebagai Rara pada ciapannya di Twitter berkata dalam pertemuan itu, mereka berbincang mengenai politik identiti di Malaysia.

"Sempat juga kongsi dengan Tun (Mahathir) bahawa DAP ni memang ekstrem sikit dalam isu demokrasi, kebajikan rakyat dan tadbir urus kerajaan," kicaunya.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata DAP juga ada kalanya "melampau" berdasarkan pengalaman kerjasamanya sebelum ini.

Begitu juga dengan MCA kata Mahathir ada kalanya juga turut melampau.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang dilaporkan bahawa ada kemungkinan bagi Umno untuk bekerjasama dengan DAP sekiranya parti itu tidak melampau.

Presiden parti Pejuang itu bagaimanapun tidak menolak bahawa Umno boleh menjalinkan hubungan dengan DAP, memandangkan parti itu sekian lama bekerjasama dengan MCA.

“Terpulang kepada Umno.

"Umno sudah kerja dengan MCA dan MCA juga pada satu ketika ekstrem,” kata Mahathir.

Pun begitu, DAP dan MCA telah menafikan dakwaan presiden parti Pejuang itu.

 

Lihat Komen
ADS