Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,317 kes baru Covid-19, Sarawak kembali teratas
Diterbitkan:  Apr 12, 2021 5:40 PM
Dikemaskini: 11:39 AM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,317 kes jangkitan baru Covid-19 setakat tengah hari tadi dengan Sarawak mencatat jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 351 kes.

Sementara itu, Selangor merekodkan 303 kes baru Covid-19 dikuti Kuala Lumpur (116), Pulau Pinang (112) dan Sabah (109).

Sebanyak empat lagi kematian direkodkan melibatkan dua kes di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Sabah dan Selangor.

Sebanyak 188 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU dengan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) semalam pula berada pada 1.06, iaitu hari keempat berturut-turut berada di atas 1.0.

KKM juga memaklumkan terdapat 10 kluster baru dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (351)
  • Selangor (303)
  • Kuala Lumpur (116)
  • Pulau Pinang (112)
  • Sabah (109)
  • Negeri Sembilan (63)
  • Johor (61)
  • Kelantan (58)
  • Kedah (47)
  • Pahang (32)
  • Terengganu (22)
  • Perak (21)
  • Melaka (11)
  • Putrajaya (9)
  • Perlis (2)
  • Labuan (0)

Perincian kluster baru:

Kluster Leepang

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359058) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Leepang A Estate, Muadzam Shah. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 62 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Indera Mahkota Tiga

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355719) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan IM 3/10, Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster indsurti Balakong Lapan

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KPB 8, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 56 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Jalan Perjiranan Empat

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359833) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah pusat kecergasan yang terletak di Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Jalan Stadium Empat

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354432) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak berhampiran Jalan Stadium 4, Kota Bharu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Ara Murni 

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357585) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ara Murni, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Persiaran Salahuddin 

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357733) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, WP Putrajaya. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster kabu

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling, Kota Setar, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354366) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Kampung Paya Pulai 

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357567) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya Pulai, Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Kluster Jalan Canning Estate 

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358798) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Jalan Canning Estate, Taman Canning, Ipoh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS