Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
2,331 kes baru, di Lembah Klang saja ada 1,007 kes
Diterbitkan:  Apr 17, 2021 4:49 PM
Dikemaskini: Apr 18, 2021 1:17 AM

Kementerian Kesihatan (KMM) memaklumkan sebanyak 2,331 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi.

Daripada jumlah itu, 1,007 kes dilaporkan berlaku di Lembah Klang.

Selangor kembali mendahului dengan 751 jangkitan, dikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Sebanyak lima lagi kematian direkodkan yang melibatkan masing-masing dua kes di Selangor dan Sabah serta satu kes di Sarawak.

Sementara itu sebanyak 225 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 92 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan terdapat lapan lagi kluster baru dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster sekolah / institusi pendidikan dan satu kluster komuniti.

Kluster berkenaan ialah Kluster Jalan Ding Lik Kwong (Sarawak), Kluster Jalan Damai (Tawau, Sabah) Kluster Bukit Quoin (Sabah) Kluster Jalan Wawasan Lima (Johor), Kluster Ulu Balingian (Sarawak), Kluster Jalan Disa (Sarawak), Kluster Jalan Maktab (Selangor) dan Kluster Jalan Maktab (Selangor).

Ini menjadikan jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 347.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini adalah Kluster Ulu Balingian (101 kes), Kluster Jalan Bukit Belida (37 kes), dan Kluster Jalan Kota Kubang Labu (32 kes).

KKM juga memaklumkan sebanyak 1,832 pesakit telah sembuh setakat tengah hari tadi dengan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 352,395 orang.

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (751)
Sarawak (512)
Kuala Lumpur (252)
Kelantan (225)
Sabah (163)
Pulau Pinang (116)
Johor (100)
Negeri Sembilan (89)
Kedah (45)
Perak (42)
Pahang (20)
Melaka (9)
Putrajaya (4)
Labuan (2)
Perlis (1)
Terengganu (0)

Lihat Komen
ADS