Isu sekolah Tamil: DAP pertikai dakwaan Samy Vellu
DAP hari ini mempertikaikan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tentang pembinaan 21 buah sekolah rendah Tamil di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).
DAP hari ini mempertikaikan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tentang pembinaan 21 buah sekolah rendah Tamil di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).
Dalam laporan akhbar hari ini Menteri Kerja Raya itu berkata, walaupun tidak disebut tentang pembinaan sekolah jenis kebangsaan dalam RMK8 namun "akhirnya kami berjaya membina 21 buah sekolah Tamil yang baru dan menaiktaraf 64 buah sekolah yang sedia ada".
"Saya mahu tegaskan bahawa saya tidak percaya kata-kata Samy Vellu yang mendakwa 21 buah sekolah rendah Tamil telah dibina pada RMK8" kata ketua pembangkang di Parlimen, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
"Kita tidak bercakap tentang pemindahan premis sekolah Tamil ke tempat baru tetapi kita mahukan sekolah yang betul-betul baru," ujarnya.
Lim meminta Samy Vellu menyenaraikan 21 buah sekolah Tamil baru berkenaan bagi membuktikan dakwaannya itu.
" Kalau Samy Vellu gagal menyenaraikan sekolah-sekolah berkenaan, dia harus meminta maaf kerana mengelirukan orang ramai.
"Kalau Samy Vellu dapat kemukakan senarai 21 buah sekolah Tamil baru yang bukan dipindah dari tapak lamanya, saya bersedia untuk memohon maaf secara terbuka," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timor.
Menurut kenyataan Lim itu terdapat 526 sekolah rendah Tamil di seluruh negara pada tahun 2000.
Samy Vellu membuat dakwaan berkenaan sebagai reaksi kepada kenyataan kontroversi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar di Parlimen minggu lalu yang mengatakan kerajaan tidak akan membina lagi sekolah jenis kebangsaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
Dalam laporan akhbar itu Samy Vellu turut menyatakan MIC telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk membina 14 sekolah Tamil yang baru bernilai RM12 juta. million.
Katanya, dana untuk membina 14 buah sekolah Tamil itu akan diambil dari dana RM100 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk projek sekolah di seluruh negara.
Kenyataan Noh minggu lalu itu telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pertubuhan dan aktivis sekolah jenis kebangasan Cina, Dong Jiao Zong, yang memndakwa kerajaan telah memungkiri janjinya.
Lim juga menyatakan beliau akan membawa usul supaya gaji Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn dan timbalannnya serta Setiausaha Parlimennya dipotong sebanyak RM10 pada sesi Parlimen akan datang kerana gagal membina sekolah-sekolah jenis kebangasaan yang baru.
Dewan Rakyat tidak bersidang selama sebulan sepanjang bulan Ramadan ini dan akan disambung semula pada November depan. Berita asal

