Malaysiakini
BERITA

KJ: Rentas daerah, negeri bagi tujuan vaksinasi tak perlu surat polis

Diterbitkan
Dikemaskini 4 Mei 2021, 2:50 tengahari

Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan malam ini berkata mereka hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika melalui sekatan jalan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

Enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah PKP bermula 6 hingga 17 Mei iaiah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.