Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPD di dua kawasan di Pahang, satu di Sabah - Ismail Sabri
Diterbitkan:  May 15, 2021 10:46 PM
Dikemaskini: 2:46 PM

Dua lagi kawasan di Pahang dan satu di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 17 hingga 30 Mei ini berikutan berlaku peningkatan kes Covid-19 dalam tempoh seminggu di kawasan terbabit dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan terbabit ialah Kampung Paya Teh, Jerantut dan Seri Kemunting, Kuantan di Pahang serta Kampung Sungai Langgas di Kunak, Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan setakat ini sebanyak 35 kes positif dikesan di Kampung Paya Teh, 16 kes di Seri Kemunting manakala Kampung Sungai Langgas mencatatkan 17 kes positif.

Ismail Sabri turut memaklumkan penamatan PKPD di Pangsapuri Meranti, Pangsapuri Midhill, Ramin dan Vista Residence di Bentong, Pahang hari ini serta Rumah Panjang Luni, Manna, Nelson Chuat di Mukah, Sarawak esok.

Turut ditamatkan esok ialah PKPD di lima rumah panjang iaitu Rumah Panjang Belayong, Rumah Panjang Muda, Rumah Panjang Tepi, Rumah Panjang Minggu dan Rumah Panjang Undom di Jalan Bukut Balingian, Mukah di Sarawak lebih awal daripada dijadualkan sebelum ini iaitu pada 20 Mei.

Katanya pelanjutan PKPD pula akan dilaksanakan di Rumah Panjang Jali Anak Empaling dan Lanyau Anak Tuli, Bukit Dinding-Bergerik di Mukah, Sarawak bermula 17 hingga 23 Mei ini.

Beliau juga berkata 551 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard semalam, dengan 519 dikompaun dan 32 direman.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS