Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merujuk ke mahkamah dalam usaha mereka mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM9.41 juta daripada peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Shafee, Muhammad Farhan Muhammad Shafee hari ini mengesahkan LHDN telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tambah Farhan, saman itu disenaraikan dalam sistem e-filing pada minggu lalu.

“Tetapi dia (Shafee) belum menerima writ saman dan SOC (penyataan tuntutan saman cukai),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan respons daripada Shafee berhubung perkara tersebut.

Selain tuntuan tunggakan cukai LDHN Shafee yang mewakili Najib dalam perbicaraan kes 1MDB turut berdepan pertuduhan kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri itu.

Pada Sept 2018 Shafee didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu yang dikaitkan dengan wang berjumlah RM9.5 juta.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan LHDN pada 6 Mei lalu, kerajaan Malaysia menuntut daripada Shafee tunggakan cukai untuk 2011 hingga 2014 dan 2016.

Kerajaan yang menjadi plaintif dalam tindakan undang-undang itu menuntut peguam kanan terbabit membayar RM9,414,708.32 membabitkan jumlah tunggakan dan denda akibat kegagalan membayar tunggakan tersebut.

Plaintif juga memohon agar kadar faedah sebanyak lima peratus daripada RM9.41 juta itu yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran dilunaskan sepenuhnya, kos, serta bayaran lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berdasarkan senarai dalam talian mahkamah, tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 8 Jun ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS