PH saran Johor desak pusat tamatkan darurat
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan ahli Parlimen Johor disaran membahaskan usul agar kerajaan negeri mendesak kerajaan persekutuan pimpinan untuk segera menamatkan darurat.
Pakatan Harapan Johor berkata langkah itu perlu agar institusi demokrasi negara, parlimen dan DUN dapat bersidang semula bagi membincangkan ekonomi rakyat dan negara.
"Tiba masanya kerajaan persekutuan menerapkan tadbir urus yang inklusif secara dwipartisan dalam memerangi wabak pandemik bersama-sama kerajaan negeri, ahli parlimen, Adun serta rakyat secara menyeluruh.
"Sehubungan itu, PH Johor memohon Menteri Besar, Hasni Mohammad mempertimbangkan agenda ini untuk dibahaskan dalam sebuah mesyuarat seperti yang dititahkan oleh DYMM Tuanku demi nyawa dan ekonomi rakyat, khasnya Bangsa Johor.
"Kita semua menginsafi dan bertekad untuk terus bersama-sama dalam menghadapi pandemik yang kian kritikal ini, katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Senator Liew Chin Tong.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyeru agar satu perbincangan secara permesyuaratan diadakan melibatkan Ahli Parlimen dan Adun di negeri itu bagi memberikan pandangan masing-masing dalam membendung penularan Covid-19.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah sejak kebelakangan ini, Johor mencatatkan kes positif Covid-19 yang semakin tinggi dengan 699 kes dilaporkan pada Rabu.
Baginda menyeru agar satu perbincangan secara pemesyuaratan diadakan dalam kalangan semua ahli parlimen dan Adun di Johor dengan dipengerusikan oleh menteri besar Johor.
Kerajaan Johor akan mengadakan mesyuarat itu pada minggu.
Selain itu, PH Johor juga turut kerajaan negeri segera membincangkan pelaksanaan ujian sariangan secara besar-besaran dan percuma bagi mengatasi penularan wabak yang serius dalam komuniti, perancangan vaksinasi, pakej bantuan kepada rakyat di negeri itu serta perancangan pembukaan semula sempadan Johor-Singapura.






