Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis Kelantan pantau tindakan gantung kain rentang 'kerajaan gagal'

Polis Kelantan memantau tindakan pihak tertentu menggantung kain rentang 'kerajaan gagal' di beberapa lokasi di negeri itu sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata, kain rentang berkenaan telah diturunkan ketika pihaknya melakukan rondaan pagi tadi.

Namun katanya tiada sebarang aduan atau laporan polis diterima setakat ini.

“Saya dah semak dengan semua ketua polis daerah (OCPD) tadi, saya juga terima gambar-gambar yang tular seperti diperkatakan itu namun setakat hari ini, tiada lagi laporan polis.

“Pihak polis akan pantau segala kain rentang yang tidak sepatutnya seperti kain rentang ‘kerajaan gagal’.

"Memang tidak ada lagi laporan polis tapi polis akan terus memantau,”katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) Mukim Limbat Pasir Tumboh, Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai gambar-gambar kain rentang bertulis ‘kerajaan gagal’ yang dinaikkan di beberapa lokasi di Machang, Jalan Kuala Krai dan Jalan Rantau Panjang.

Gambar-gambar itu tular sejak semalam dipercayai sebagai tanda protes dan kemarahan sesetengah pihak kepada kerajaan.

Sebelum ini polis menahan beberapa individu berikutan tindakan menaikkan kain rentang bertulis 'kerajaan gagal' dan membakar suar di Parit Raja, Batu Pahat.

Sementara itu, Shafien berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan sedang mengumpul segala maklumat mengenai kejadian berkenaan.

Katanya, tindakan sedemikian adalah jelas menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

“Peraturan kita, nak gantung apa-apa benda, mesti ada kelulusan pihak berkuasa tempatan (BPT).

“Macam kes ini, nak gantung tu memang tak ikut peraturan. Sedangkan iklan kedai juga tidak boleh apatah lagi nak tunjuk protes dan sebagainya, memang salahlah,” jelasnya.









Lihat Komen
ADS