Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hospital Selayang pula sedia kontena khas simpan mayat
Diterbitkan:  May 27, 2021 10:42 PM
Dikemaskini: 2:44 PM

Hospital Selayang kini menjadi hospital kedua di Malaysia yang menyediakan kontena khas untuk menangani peningkatan jumlah kematian akibat wabak Covid-19.

Sebelum ini, Hospital Sungai Buloh dilaporkan menggunakan dua kontena khas dalam jangka waktu satu minggu untuk menangani jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Setiap kontena mempunyai kapasiti maksimum jenazah/mayat.

"Selepas Hospital Sungai Buloh, tiba giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat Covid-19.

"Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosial malam ini.

Terdapat peningkatan mendadak dalam jumlah kematian yang berkaitan dengan Covid-19 sejak awal bulan ini, dengan rekod jumlah kematian tertinggi dicatat dalam selang beberapa hari bagi dua minggu terakhir ini.

Dalam 14 hari terakhir, Malaysia telah mencatatkan sejumlah 703 kematian akibat Covid-19 di seluruh negara, dengan sebahagian besar kematian dilaporkan di Selangor.

 

Lihat Komen
ADS