Sekolah ditutup jika IPU melebihi 400
Kementerian Pelajaran telah menasihatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menutup sekolah jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawaswan melebihi 400.
Kementerian Pelajaran telah menasihatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menutup sekolah jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) di mana-mana kawaswan melebihi 400.
JPN juga diminta menasihatkan sekolah-sekolah jangan menggalakkan murid-murid melakukan aktiviti luar darjah jika IPU berada dalam lingkungan 201 hingga 300.
Paras IPU melebihi 400 dianggap sangat berbahaya dan paras 201 hingga 300 pula sangat tidak sihat.
Menurut kenyataan kementerian berkenaan yang dikeluarkan petang ini, kedua-dua langkah itu dikeluarkan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja tindakan menangani Jerebu anjuran bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia pagi tadi.
Mesyuarat itu diadakan selepas IPU di beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung merekodkan status kualiti udara tidak sihat sejak dua hari lalu.
Kementerian Pelajaran akan memantau rapi IPU di semua kawasan agar kesihatan murid-murid dan sekolah sentiasa dalam keadaan selamat.
Selain mengeluarkan nasihat kepada JPN. Kementerian berkenaan juga telah membekalkan penutup hidung percuma kepada murid-murid terutamanya di Sarawak.
Kementerian juga menasihatkan orang ramai terutamanya murid-murid mengurangkan aktiviti luar serta banyak minum air.

