Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Persatuan perniagaan utama gesa moratorium bank automatik
Diterbitkan:  Jun 11, 2021 5:32 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Persatuan perniagaan utama Malaysia bergabung dalam satu kenyataan untuk menuntut agar kerajaan memberikan moratorium pinjaman bank secara automatik dan menyeluruh.

Mereka menggesa moratorium ini diberikan sehingga 31 Disember - atau setelah negara mencapai imuniti kelompok Covid-19.

Mereka juga menuntut agar moratorium itu meliputi semua kemudahan peribadi, dikenakan faedah sifar, tanpa caj dan diberi pilihan untuk tidak mengambilnya, sama dengan yang diberikan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac tahun lalu.

Gabungan itu - yang dikenali sebagai inisiatif Moratorium Untuk Rakyat mengatakan bahawa pakej rangsangan terbaru kerajaan (Pemerkasa Tambahan) tidak cukup.

Mereka berpendapat bahawa "tidak ada yang terlepas" daripada pandemik Covid-19, justeru semua seharusnya layak untuk mendapat moratorium.

"Ini seterusnya, akan memungkinkan semua rakyat Malaysia yang memerlukan dan berada dalam kesulitan kewangan untuk menghadapi pandemik yang hadir gelombang demi gelombang. Kita masih belum melihat kesudahannya," kata gabungan itu.

Jelas mereka, kegagalan melaksanakan moratorium pinjaman penuh akan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Tambah mereka, bank dalam posisi yang baik untuk memberikan moratorium pinjaman kerana telah dibantu sebelumnya, semasa krisis kewangan 2008 dan 2009.

"Kami merasakan bahawa sektor perbankan harus mengambil pendirian moral dan ke hadapan ketika negara berada dalam krisis," kata mereka.

Selain itu, kumpulan itu mengatakan bahawa lapan bank tempatan teratas memperoleh keuntungan sebanyak RM93 bilion sejak tiga tahun lalu.

"Moratorium baru ini (yang kami usulkan) kemungkinan akan 'menelan belanja' hanya RM6.4 bilion, iaitu hanya tujuh peratus daripada keuntungan tahunan tiga tahun mereka, atau 20 peratus daripada keuntungan 2020 mereka," kata kumpulan itu.

Pakej Pemerkasa Tambahan Putrajaya merangkumi moratorium pinjaman bank untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, dikategorikan sebagai B40 atau perniagaan yang terpaksa ditutup semasa tempoh "total lockdown".

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, sebelum ini berkata bahawa moratorium akan memerlukan pampasan dibayar kepada bank dan mengurangkan pendapatan dana awam.

Dia juga berpendapat bahawa memaksa bank untuk melakukannya akan mengikis kepercayaan pada pelabur.

Pada masa ini, kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa tinggal di rumah kerana tempoh "total lockdown" dua minggu yang dikenakan sejak 1 Jun.

Berikut merupakan senarai penuh penandatangan Moratorium Untuk Rakyat:

  • Bumiputra Retailers Organization Malaysia
  • Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
  • Federation of Malaysian Business Associations
  • Gerakan Ekonomi Malaysia
  • Industries Unite
  • Majlis Tindakan Ekonomi Melayu
  • Malaysian Association of Theme Parks & Family Attractions
  • Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry
  • Malaysia Retailers Association
  • Malaysian Tourism Council
  • National Union of Bank Employees
  • Movement for Monetary Justice Malaysia
  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia
  • SME Association of Malaysia
  • Agro Association
  • Arts, Live and Festival Events Association (ALIFE)
  • ASEAN Air-Conditioning and Refrigeration Association
  • ASEAN Chamber of Commerce & Industries
  • ASEAN Retail-Chains & Franchise Federation (ARFF)
  • Association of International Certified Aesthetician
  • Association of Tourism Attractions Penang (ATAP)
  • Association of Wedding Industry Malaysia (AWIM)
  • Association of Wedding Professionals
  • Association of Tourism Training Institute of Malaysia (ATTIM)
  • Batu Road Retailers Association
  • Branding Association of Malaysia (BAM)
  • Chamber of Socially Responsible Malaysia
  • Chinese Entrepreneurs Association of KL & Selangor
  • Council of Asian Fashion Designer (CAFD)
  • Dewan Perniagaan Usahanita Spa Melayu Johor
  • Digital Marketing Association Malaysia (DMAM)
  • Federation of Malaysian Fashion Textile and Apparel (FMFTA)
  • Federation of Malaysian Vegetable Farmers Association
  • Federation of Motor and Credit Company Association of Malaysia
  • Federation of Sundry Goods Merchant Associations of Malaysia
  • Federation of Livestock Farmers' Associations of Malaysia (FLFAM)
  • Fruit Association
  • Institute of Image & Cosmetology Industry
  • International Beauty Health and Education Association (IBHEA)
  • International Women Entrepreneurs of Malaysia (IWEM)
  • Ipoh Little India Traders Association
  • JCI Entrepreneur Metropolitan Kuala Lumpur
  • KL Tourism Association (KLTA)
  • Koperasi Kecantikan & Spa Trengganu Berhad
  • Kuala Lumpur & Selangor Fruit Farmers’ Association
  • Little India Klang Entrepreneurs Association (LIKEA)
  • Malay Wedding Portrait Photography Malaysia
  • Malaysia 3D Media Association
  • Malaysia Association of Professional Trainers & Coaches (MAPTaC)
  • Malaysia Association of Therapist Industrial Development (MATID)
  • Malaysia Association of Wellness Trainers (MAWT)
  • Malaysia Association Therapist Industrial Development (MATID)
  • Malaysia Budget & Business Hotel Association (MyBHA)
  • Malaysia Cross Border E-commerce Association
  • Malaysia Digital Chambers of Commerce
  • Malaysia Fish Industries General Association
  • Malaysia Foodstuffs & Toys Merchants’ Association
  • Malaysia Graduates Entrepreneur Association (PUGM)
  • Malaysia Hairdressing Association (MHA)
  • Malaysia Indian Youth Council
  • Malaysia International Exhibitions Association (MIEA)
  • Malaysia Kampungstay & Homestay Association (MKHA)
  • Malaysia Positive Psychology Association (MPPA)
  • Malaysia Promas International Business Society
  • Malaysia Retail Association (MRA)
  • Malaysia Saudi Business Chamber
  • Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors' General Association (MSCSPGA)
  • Malaysia Tea Association (MyTA)
  • Malaysia Watch Trade Association
  • Malaysia World Digital Economy Association
  • Malaysia Young Food Industry Entrepreneur Malaysia (MYFOODIE)
  • Malaysian Association of Convention & Exhibition Organisers and Suppliers (MACEOS)
  • Malaysian Association of Hotels (MAH)
  • Malaysian Association of Wellness & Spa
  • Malaysian Bakery, Biscuit, Confectionery, Mee and Kuay Teow Merchants’ Association
  • Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA)
  • Malaysian Footwear Manufacturers Association (MFMA)
  • Malaysian Franchise Association (MFA)
  • Malaysian Garments Marketers Association (MGMA)
  • Malaysian Gifts and Premium Association
  • Malaysian Hotel Owners Association (MAHO)
  • Malaysian Indian Association of Events
  • Malaysian Indian Goldsmith & Jewellers Association
  • Malaysian Indian Goldsmiths & Jewellers Association (MIGJA)
  • Malaysian Indian Metal Traders & Recycling Association (MIMTA)
  • Malaysian Indian Textiles & General Stores Association (MITA)
  • Malaysian Medical Association
  • Malaysian Muslim Wholesalers and Retailers Association (MAWAR)
  • Malaysian Sauce Manufacturers’ Association
  • Malaysian Spas Association (AMSPA)
  • Malaysian Textile Manufacturers Association (MTMA)
  • Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce & Industry (MIMCOIN)
  • Malaysian Official Designers Association (MODA)
  • National Association of Private Education Institutions (NAPEI)
  • 85.Nilai Indian Business Association (NIBA)
  • Penang Chinese Chamber of Commerce
  • Penang Foochow Coffee-Shop Owners Association
  • Penang Little India Traders Association
  • Penang Spa Association (PenSpa)
  • Penang Wedding Professionals Association
  • Peniaga-Peniaga Kecil India, Seremban, Negeri Sembilan
  • Perak Indian Chamber of Commerce (PICC)
  • Perak Wedding & Event Professionals Association
  • Persatuan Anggun Menawan Malaysia (PAMM)
  • Persatuan Kecantikan & Spa Langkawi
  • Persatuan Kontractor India Malaysia
  • Persatuan Makanan Laut Proses Malaysia
  • Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS)
  • Persatuan Pengusaha Majlis Perkhawinan Malaysia
  • Persatuan Pengusaha Perlancongan Bumiputra Perak
  • Persatuan Pengusaha Restauran & Kafe Melaka
  • Persatuan Peniaga-Peniaga Kopi, Bar dan Restoran Petaling Jaya (PJCA)
  • Persatuan Peniaga-Peniaga Lebuh Ampang
  • Persatuan Syndrome Down Malaysia
  • Persatuan Usahawan Foodtruck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM)
  • Persatuan Usahawan Spa Kelantan
  • Persatuan Usahawan Spa Pahang
  • Persatuan Usahawan Spa Perak (SISPA)
  • Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan & Profesyen (Peniagawati)
  • Persatuan Wawasan Wanita Bumiputra Sarawak (SARANITA)
  • Pertubuhan Kebajikan AZZ
  • Pertubuhan Masyarakat Mahir & Dinamik Malaysia
  • Pertubuhan Pengusaha Bunga-bungaan Cameron Highlands
  • President of McMillan Woods Global
  • Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)
  • Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia
  • Private Practitioners Society, Malaysian Medical Association
  • Sarawak Federation of Coffee Shops & Restaurants Association
  • Selangor & Kuala Lumpur Stationery and Bookseller Association
  • The Malaysian Association of Tour and Travel Agent (MATTA)
  • The National Tech Association of Malaysia (PIKOM)
  • United Asian Hairdressers Association (UAHA)
  • Wedding Professionals Association of Malaysia
Lihat Komen
ADS