Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM umum pelan pemulihan, sektor sosial dijangka dibuka pada Sept

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan empat fasa supaya rakyat Malaysia dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Setiap fasa dijangka mengambil masa dua bulan, dengan sektor sosial - termasuk sekolah - akan dibuka semula secara bertahap pada fasa ketiga (dijangka bermula September).

Malaysia sekarang berada pada fasa pertama. Peralihan daripada satu fasa ke fasa yang lain akan dibuat jika tiga kriteria dipenuhi.

Kriteria itu ialah angka kes harian Covid-19, kapasiti unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara dan jumlah rakyat yang mendapat dos penuh (dua suntikan) vaksin.

Untuk peralihan dari fasa pertama kepada fasa kedua, Malaysia haruslah merekodkan purata kes harian bawah 4,000, kapasiti ICU berada di paras sederhana dan 10 peratus rakyat Malaysia mendapat vaksin penuh.

Untuk memasuki fasa tiga, kes harian haruslan secara puratanya bawah 2,000 kes, kapasiti ICU mencukupi dan 40 peratus rakyat Malaysia mendapatkan dos penuh vaksin.

Berdasarkan taklimat dengan pengarang media di Putrajaya hari ini, tiada garis mata ditetapkan untuk peralihan itu.

Jika tiga indikator itu dipenuhi awal, peralihan setiap fasa akan berlaku lebih cepat dan begitu juga sebaliknya.

Lihat Komen
ADS