Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kementerian siasat dakwaan sambutan hari bapa di rumah timbalan menteri
Diterbitkan:  Jun 22, 2021 6:03 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Pejabat Kesihatan Daerah Maran, Pahang sedang menyiasat dakwaan sambutan Hari Bapa diadakan di rumah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib ketika tempoh perintah kawalan pergegerakan (PKP).

“Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran,” kata Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, tersebar gambar 10 lelaki di ruang tamu sebuah rumah dengan makanan dihidang di atas meja.

Mereka bagaimanapun memakai pelitup muka dan menjarakkan diri ketika bergambar.

Gambar itu diedarkan di media sosial dengan kapsyen mendakwa ia dilangsungkan di rumah Ismail, yang juga anggota parlimen Maran.

Semasa PKP, semua acara sosial dilarang, termasuk perayaan dan jamuan.

Lihat Komen
ADS