Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Sarawak
Diterbitkan:  Jul 10, 2021 10:40 PM
Dikemaskini: 3:38 PM

Beberapa kawasan di Sarawak dilanda gangguan bekalan elektrik, menurut laporan media.

Ini termasuk ibu kota negeri, Kuching, yang menyaksikan gangguan elektrik disebabkan litar pintas pada talian transmisi 275 kilovolts Murum.

"Kemas kini: Litar pintas berkembar dari talian transmisi Murum menyebabkan gangguan bekalan utama. Bekalan sedang dipulihkan dengan selamat secara berperingkat," kata syarikat tenaga negeri Sarawak Energy di Twitter.

Menurut Borneo Post, gangguan bekalan elektrik berlaku sejak jam 9.30 malam di beberapa lokasi di Kuching, dan laporan seumpamanya diterima dari lokasi sejauh Sebauh di Bintulu.

Dayak Daily melaporkan bahawa gangguan bekalan elektrik turut berlaku Sibu dan Miri.

Platform media sosial termasuk Twitter juga dipenuhi netizen di Sarawak berkongsi kemas kini mengenai keadaan itu.

Borneo Post melaporkan bahawa bekalan elektrik di beberapa lokasi telah dipulihkan setakat jam 9.45 malam tadi.

Lihat Komen
ADS