Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
12,541 kes baru, lebih separuh di Lembah Klang
Diterbitkan:  Jul 16, 2021 3:36 PM
Dikemaskini: 12:55 PM

Kes harian terus mencatatkan lima angka dengan 12, 541 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kes terkumpul 893,323 kes, maklum KKM.

Terdapat 7,116 kes di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 5,512 kes - yang kedua tertinggi dalam rekod.

Sementara itu, Negeri Sembilan mencatat satu lagi rekod tertinggi dengan 1,619 kes - hari keempat berturut-turut jangkitan melebihi 1,000 kes.

Johor pula mencatatkan 609 kes hari ini, tertinggi sejak 20 Jun lalu.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 5,512 (312,606)
  • WPKL - 1,542 (95,878)
  • Johor - 609 (77,245)
  • Sabah - 326 (73,832)
  • Sarawak - 423 (70,651)
  • Negeri Sembilan - 1,619 (58,978)
  • Pulau Pinang - 376 (38,179)
  • Kelantan - 225 (37,201)
  • Kedah - 458 (31,153)
  • Perak - 299 (30,414)
  • Melaka - 575 (24,194)
  • Pahang - 382 (17,787)
  • Terengganu - 102 (12,353)
  • WP Labuan - 24 (9,355)
  • WP Putrajaya - 62 (2,876)
  • Perlis - 7 (621)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS