Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun mahu tahu keadaan sebenar di Hospital Serdang
Diterbitkan:  Jul 22, 2021 1:39 PM
Dikemaskini: 5:47 AM

Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah meminta kerajaan mengesahkan keadaan sebenar di Hospital Serdang, Selangor.

Gesaan itu dibuat selepas terdapat dakwaan melalui video yang tular bahawa terdapat pesakit tidur atas lantai, selain ditempatkan dalam khemah yang panas dan tidak selesa.

“Sudah lebih daripada 24 jam video ini telah tular di media sosial.

“Sampai hari ini masih tiada ada seorang daripada kerajaan PN mampu untuk menjawab mengenai dan memberi solusi mengenai isu ini,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan dan masih menunggu penjelasannya.

Kementerian awal bulan ini mengumumkan lebih banyak bantuan akan digerakkan untuk membantu hospital-hospital di Lembah Klang - kawasan paling terjejas dengan Covid-19.

Bantuan itu tenaga 6,500 petugas kesihatan daripada negeri lain, membeli lebih banyak barangan keperluan hospital dan bekerjasama dengan hospital swasta.

 

Lihat Komen
ADS