story image
mk-logo
Berita
Covid-19: Vaksin China digunakan di serata dunia

Vaksin Covid-19 buatan China digunakan meluas apabila lebih 100 negara meluluskan penggunaan vaksin itu dan pemimpin dari 30 negara menerima suntikan dengan vaksin berkenaan, menurut Kementerian Luar China.

Jurucakapnya, Zhao Lijian menyatakan, pelbagai reaksi positif diterima dan terbukti vaksin China membantu dunia menyelamatkan nyawa.

Terdahulu, hasil kajian Universiti Sri Jayawardenapura di Sri Lanka menunjukkan, sebanyak 95 peratus penerima lengkap dua dos vaksin Sinopharm mempunyai antibodi, manakala 81.25 peratus dapat menghasilkan antibodi peneutral menerusi pengaruh sistem imun.

Selain itu, dapatan tersebut juga menyebut bahawa vaksin Sinopharm amat berkesan terhadap varian Delta.

Mengulas mengenai maklum balas positif itu, Zhao menegaskan bahawa vaksin China adalah selamat dan efektif untuk melawan COVID-19.

Selain memperkasa kolaborasi global dalam bidang vaksin, beliau berkata China komited untuk memastikan semua negara membangun boleh mendapat akses kepada produk vaksin yang mampu milik.

China telah menyalurkan bekalan vaksin membabitkan 500 juta dos kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa setakat ini, dan turut proaktif dalam program COVAX.

"Dalam tempoh empat bulan akan datang, syarikat pembekal di negara ini akan membekalkan 110 juta dos kepada negara lain melalui mekanisme perkongsian vaksin tersebut," jelas Zhao kepada media, di sini, pada Khamis.

-Bernama

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen (0)
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS