Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anggota Rela direman 7 hari bantu siasatan kes bunuh
Diterbitkan:  Jul 24, 2021 1:25 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan kes bunuh Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di Taman Raya, Wakaf Tapai di Marang, semalam.

Perintah reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda dan suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 57 tahun itu, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10.35 pagi dengan memakai baju lokap berwarna oren.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam, mangsa Fong Swee Fuan, 65, maut di tempat kejadian, manakala anak saudaranya Teo Hock Beng, 45, cedera parah di bahagian dada selepas ditembak menggunakan senapang patah, di sebuah pondok KRT di Taman Raya, Wakaf Tapai.

- Bernama

Lihat Komen
ADS