Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Saya dalam keadaan baik, kata Zahid
Diterbitkan:  Jul 25, 2021 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan dia berada keadaan baik walaupun disahkan positif Covid-19.

"Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

"Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

"Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain.

"Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam catatan Facebooknya petang ini.

Dalam hantaran itu Zahid turut memuat naik gambar sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Zahid dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Mansor Othman adalah antara ahli parlimen yang disahkan positif Covid-19 .

Perkara itu dimaklumkan menjelang pembukaan sidang parlimen esok.

Zahid berkata penyakit berkenaan tidak mematahkan iltizamnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

"Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS