Muhyiddin ajak pembangkang ganding bahu lawan Covid-19
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta pembangkang berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani krisis Covid-19.
Berucap ketika membentangkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin berkata kerajaan tidak berpeluk tubuh untuk membiarkan rakyat menderita.
"Benar, kerajaan ini tidak sempurna. Tetapi apa yang benar juga ialah kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita, malah sentiasa bergerak dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat.
"Yang penting kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini. Tidak usahlah kita berbalah dan menuding jari," katanya.
Justeru Muhyiddin meminta pembangkang berganding bahu dengan kerajaan dalam menangani Covid-19 dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat.
"Kerana di sana ada rakyat yang jiwanya sengsara, ada bapa yang tenggelam punca, ada anak yang menderita, manakala frontliners kita terus terbeban dan hospital semakin tertekan.
"Marilah kita berganding bahu, mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usahasama. Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat. Bersatu kita pasti teguh, bercerai kita roboh," katanya.
Muhyiddin berkata demikian selepas hampir sejam ahli-ahli parlimen pembangkang mendesak dia mengundurkan diri.
Bagaimanapun, Muhyiddin kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.
[Berita penuh menyusul]

