Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB tarik balik saman AS$1 bilion terhadap firma guaman, peguam

1MDB telah menarik balik saman berjumlah AS$1 bilion terhadap bekas firma guamannya, Wong & Partners dan peguam Brian Chia Hock Gee.

Menurut salinan satu arahan bertarikh 19 Julai oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, writ saman yang difailkan telah ditarik balik tanpa kebebasan untuk pemfailan baru.

Tiada juga arahan berkenaan kos dinyatakan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam 1MDB Lim Chee Wee enggan mengulas perkara itu.

Terdahulu, 1MDB dan bekas subsidiarinya SRC International Sdn Bhd memfailkan 22 tindakan sivil terhadap pelbagai individu dan entiti kerana didakwa menipunya, sama ada secara dalam pengetahuan atau tidak.

Saman terhadap Wong & Partners adalah sebahagian daripada tindakan itu.

Antara individu yang dinamakan sebagai defendan dalam tindakan sivil itu adalah bekas perdana menteri Najib Razak, bekas pengerusi 1MDB Che Lodin Wok Kamaruddin dan tiga bekas CEO 1MDB iaitu Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Mohd Hazem Abdul Rahman dan Arul Kanda Kandasamy.

Beberapa ahli keluarga ahli perniagaan Low Taek Jho turut dinamakan, termasuk bapanya Larry Low Hock Peng dan kakanya Low May Lin.

Sekutu Jho Low yang dinamakan pula adalah Eric Tan Kim Loong dan Tarek Obaid, yang merupakan pengasas Petrosaudi International Ltd.

Antara entiti yang dimakan adalah Deutsche Bank (Malaysia) Ltd, Coutts & Co Ltd dan JP Morgan (Switzerland) Ltd.

Menurut laporan The Edge Markets sebelum ini, sumber yang arif berkenaan tindakan itu berkata perbicaraan jenayah berkaitan skandal 1MDB berjalan terlalu perlahan dan saman sivil itu akan menunjukkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serius terhadap isu itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS