Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan media masuk pusat kuarantin waktu protes doktor kontrak
Diterbitkan:  Jul 28, 2021 1:29 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Polis menyiasat dakwaan enam orang petugas media masuk ke kawasan Pengurusan Hospital Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid Bersepadu (PKRCB) MAEPS Serdang ketika protes doktor kontrak, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang SUPT Md Noor Aehawan Mohamed mereka merakam keterangan 17 kakitangan Kementerian Kesihatan, terdiri daripada doktor dan jururawat bagi membantu siasatan dan mengesahkan kehadiran.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan (menceroboh), Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (Ingkar SOP) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (membuat rakaman dalam kawasan yang dilarang).

Siasatan itu dibuat susulan laporan polis pengurusan Hospital PKRCB Maeps Serdang, semalam.

Lihat Komen
ADS