Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam parit di Tanah Merah

Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebuah parit di Kampung Air Asahan di Tanah Merah hari ini.

Ketua Polis Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusoff berkata mayat lelaki itu dalam keadaan kembung dan berulat ditemui orang awam kira-kira jam 11.45 pagi tadi sebelum memaklumkannya kepada polis.

“Mayat lelaki itu ditemukan terlentang di dalam parit tersebut dan hanya berseluar pendek tanpa baju.

"Tiada pengenalan diri pada mayat itu dan keadaannya telah berbau sehingga sukar untuk polis mengenal pasti identiti lelaki itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Zainuddin berkata mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut mengenai penemuan mayat itu sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS