20,780 kes baru, 211 kematian, tujuh negeri catat empat angka
Sebanyak 20,780 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatatkan kes tertinggi, manakala enam negeri lain kini mencatatkan lebih 1,000 kes.
Bilangan kes aktif terus meningkat dan pada masa sama, bilangan pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berkurang sebanyak empat peratus berbanding sehari sebelumnya.
- Pesakit sembuh: 17,973
- Kes baru: 20,780
- Jumlah kes aktif: 233,358
- Kematian kematian: 211 (jumlah keseluruhan - 11,373)
- Pesakit dalam ICU: 1,053
- Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 546
Kadar R-naught untuk seluruh negara dianggarkan pada tahap 1.07. Kadar lebih daripada 1.00 memandakan penularan wabak yang kian meningkat.
Di peringkat negeri dan wilayah persekutuan, hanya Putrajaya dan Labuan yang mencatatkan kadar R-naught kurang daripada 1.00.
Kematian
Seramai 211 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban kepada 11,373 orang.
Terdapat 16 mangsa yang dibawa ke hospital setelah meninggal dunia.
Kes kematian dilaporkan di Selangor (79), Kuala Lumpur (41), Kedah (21), Johor (16), Sabah (13), Negeri Sebilan (8), Terengganu (8), Pulau Pinang (7), Perak (7), Melaka (6) dan Pahang (5).
Kluster
Sebanyak 31 lagi kluster baru dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 1,258.
Sebanyak 18 kluster baru dalam kategori tempat kerja, diikuti dengan 11 kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.
Bilangan kes mengikut negeri:
Selangor - 6,921
Kuala Lumpur - 2,065
Johor - 1,693
Kedah - 1,534
Sabah - 1,514
Pulau Pinang - 1,385
Kelantan - 1,284
Negeri Sembilan - 1,015
Sarawak - 634
Perak - 828
Melaka - 636
Terengganu - 613
Pahang - 585
Perlis - 29
Putrajaya - 4
Labuan - 3

