Paling Popular
Terkini

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera, supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.

Beliau berkata tempoh dua bulan ke hadapan ini adalah amat penting, kerana kita dijangka mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober.

“Segala perancangan yang telah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara tidak boleh terbantut. Sektor-sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga,” katanya dalam perutusan khas di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata momentum pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 negara tidak boleh terganggu dan rekod sebagai negara mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan.

Beliau juga berkata, kabinetnya telah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion ringgit, lebih daripada mencukupi untuk rakyat Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS