Malaysia hari ini merekodkan 22,242 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
Menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,466,512.
Sabah (2,413) dan Pulau Pinang (1,867) mencatatkan rekod tertinggi hari ini. Hanya 17 peratus penduduk di Sabah yang telah mendapat vaksin sepenuhnya.
Lapan negeri termasuk Kuala Lumpur mencatatkan kes baru dalam empat digit.

Berikut pecahan setiap negeri (kumulatif):
Selangor - 6,858 (530,971)
Sabah - 2,413 (111,346)
Pulau Pinang - 1,867 (64,704)
Kedah - 1,852 (73,939)
WP Kuala Lumpur - 1,587 (159,211)
Johor - 1,477 (115,141)
Sarawak - 1,403 (90,810)
Kelantan - 1,351 (60,962)
Perak - 1,036 (53,657)
Pahang - 675 (35,765)
Melaka - 579 (41,849)
Negeri Sembilan - 577 (86,279)
Terengganu - 487 (25,989)
Perlis - 50 (1,149)
WP Putrajaya - 25 (4,990)
WP Labuan - 5 (9,750)
