Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Kes keganasan rumah tangga menyaksikan peningkatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), sejak tahun lalu.

Bercakap pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Mohd Harun berkata, sejumlah 5,657 kes dilaporkan pada 2019.

Bagaimanapun, jumlah itu mencatatkan sedikit penurunan kepada 5,260 pada tahun 2020.

Namun, bagi tempoh Januari dan Ogos 2021, Rina berkata jumlah kes keganasan rumah tangga adalah 4,905 kes.

Ini menunjukkan purata 512 kes sebulan direkodkan pada Ogos, tahun ini berbanding rata-rata 438 dan 471 kes setiap bulan pada 2020 dan 2019.

“Perintah kawalan pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada negara kita dari segi ekonomi dan sosial.

"Kementerian sangat prihatin dan komited untuk menangani krisis institusi keluarga disebabkan oleh Covid-19," kata Rina di Dewan Rakyat hari ini.

Antara inisiatif yang diambil kementerian bagi menangani isu berkenaan, kata Rina, ialah melalui perkhidmatan Talian Kasih serta kemudahan WhatsApp yang beroperasi 24 jam sehari.

Melalui talian penting berkenaan kata ketua Wanita Bersatu itu lagi seseorang mangsa boleh mengemukakan aduan, mendapat khidmat nasihat dan sokongan daripada kementerian.

"Ini akan membantu orang ramai atau mangsa dengan memberikan mereka maklumat sehingga mereka tidak terus berada dalam situasi terdedah kepada keganasan rumah tangga yang merupakan ancaman bagi mereka dan anggota keluarga mereka," katanya.

Tambah Rina sepanjang Mac hingga Dis 2020 lalu, kata Rina sebanyak 2,286 aduan diterima, manakala bagi tahun ini - sehingga Ogos - 2,248 lagi aduan direkodkan.

Jika anda atau mana-mana individu yang anda kenali menjadi mangsa keganasan rumah tangga (atau kes lain berkaitan gender) sila hubungi perkhidmatan ini untuk mendapatkan bantuan:

  • Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO): +603-300 8858 (24 jam), Tina (WhatsApp: +6018-988 8058 (24 hours)
  • Talian Kasih: 15999 (24 jam) atau +6019-261 5999 (WhatsApp)
  • Telenisa (termasuk WhatsApp): +6012-812 3424
  • Persatuan Pergerakan Wanita (Awam): +6016-237 4221
  • Women’s Centre For Change (WCC) Hotline: Pulau Pinang - +6011-3108 4001 / 016428 7265 / +6016 439 0698 / +6016 418 0342
  • Talian kecemasan: 999 (24 jam)

Anda juga boleh berkunjung ke laman web WAO untuk mendapatkan maklumat lanjut serta bantuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS