Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tarikh akhir Lynas bina PDF dilanjutkan hingga Mac 2022

Kerajaan hari ini mengesahkan bahawa Lynas Rare Earths telah diberikan lanjutan masa untuk membina kemudahan tapak pelupusan kekal (PDF).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba di Dewan Rakyat hari ini.

Tarikh akhir ditetapkan pada 3 September tahun ini, namun syarikat perlombongan itu kini mempunyai masa sehingga Mac 2022 untuk membina kemudahan tersebut.

Adham berkata, Lynas juga telah menyerahkan laporan penilaian alam sekitar (EIA) dan penilaian impak radiologi (RIA) kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Alam Sekitar bulan ini.

Sebelum ini sumber memberitahu Malaysiakini bahawa menteri sebelum ini, Khairy Jamaludidn membenarkan lanjutan tempoh untuk membina PDF berkenaan.

Sumber tersebut mendakwa syarikat itu berusaha melanjutkan tarikh akhir hingga 2 Mac 2023 apabila lesennya tamat, tetapi tidak dipersetujui Khairy.

Menurut sumber itu, kementerian bersetuju memberikan lanjutan tempoh kerana terdapat perubahan bagi tapak bangunan PDF dan kekangan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pada mulanya Lynas bercadang membina PDF di Bukit Ketam - hutan simpan sekitar 35km dari Kuantan, Pahang. Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada bulan April.

Lynas kemudian mengalihkan fokusnya ke tapak baru yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng, yang berada bersebelahan dengan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Lihat Komen
ADS