Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes baru Covid-19 meningkat sedikit, catat 11,332 kes

Kes baharu COVID-19 hari ini meningkat sedikit setakat 12 tengah hari iaitu 11,332, dengan Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi.

Semalam negara merekodkan 10,959 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 2,220,526 kes.

“Sarawak masih merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 2,358 kes diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes) dan Kelantan dengan 1,088 kes,” katanya yang berkongsi data tersebut melalui Facebooknya hari ini.

Data itu juga memaklumkan terdapat lapan negeri yang masih merekod tiga digit kes iaitu Sabah dengan 965 kes, Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes), Kuala Lumpur (240 kes).

Tiga negeri pula mencatat dua digit kes iaitu Negeri Sembilan dengan 89 kes, Putrajaya dan Perlis masing-masing dengan 19 kes.

Labuan yang semalam tidak merekodkan sebarang kes, hari ini mencatat tiga kes baharu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS