Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Majlis sosial seperti kenduri kahwin mungkin paling akhir dibuka
Diterbitkan:  Oct 4, 2021 3:44 PM
Dikemaskini: 8:04 AM

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberikan bayangan bahawa majlis sosial dalam kawasan tertutup mungkin menjadi sektor terakhir akan dibuka dalam Pelan Pemulihan Negara.

Katanya, pandangannya itu berdasarkan kesukaran untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dalam majlis sosial di kawasan tertutup, termasuklah di majlis-majlis perkahwinan.

“Majlis sosial dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.

“Buat masa ini, saya tak yakin SOP dapat dipantau di majlis-majlis perkahwinan besar dan sebagainya, apabila pelitup muka dicabut dan orang bercakap dengan mulut penuh dengan makanan.

“Mari kita lihat macam mana kelakuan kita selepas rentas negeri dibenarkan,” katanya di Twitter.

Khairy membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang bertanya apakah majlis sosial akan dibenarkan apabila rentas negeri dibenarkan kelak.

Pengguna Twitter itu bertanya demikian ketika memberi respons terhadap ciapan terdahulu Khairy berkenaan rakyat tidak perlu lagi memohon My Travel Pass untuk ke luar negara, apabila negara mencapai vaksinasi dewasa 90 peratus.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberikan bayangan bahawa aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu rakyat, semakin hampir, dan khabar gembira berkenaannya akan diumumkan sebaik kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Buat masa ini, kadar vaksinasi dewasa sudah berada pada tahap 87.6 peratus.

Lihat Komen
ADS