Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KM Melaka nasihati TYT bubar DUN, keputusan dalam masa terdekat

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali telah menasihati Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua negeri itu, Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN, menurut sumber yang dekat dengan kerajaan negeri.

Pesaing Sulaiman, Idris Haron, mengatakan dia juga diberitahu bahawa Ali telah menerima nasihat seperti itu daripada kerajaan negeri.

Speaker DUN Melaka Ab Rauf Yusoh - yang juga pengerusi Umno negeri - dijangka membuat pengumuman mengenai perkara ini pada jam 3 petang hari ini.

Kerajaan negeri Melaka dipimpin oleh Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dari Umno.

Namun, khabar angin mengenai kemungkinan kejatuhan pentadbiran negeri telah bertiup selama lebih kurang seminggu, sebelum 11 anggota dewan undangan negeri Pakatan Harapan di kerajaan negeri Melaka dan empat yang lain mengumumkan bahawa mereka telah menarik sokongan mereka terhadap Sulaiman.

Pengumuman dibuat semalam mengatakan bahawa mereka akan bertemu dengan Ali Rustam.

"Pertemuan ini adalah untuk membincangkan usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kestabilan politik di negeri ini dan kelangsungan pentadbiran negara," kata Adly Zahari, bekas ketua menteri Melaka dari PH, dalam satu kenyataan.

Malaysiakini telah menghubungi Rauf, yang mengesahkan bahawa dia akan mengadakan sidang media pada jam 3 petang.

Bagaimanapun, ketua jawatankuasa perhubungan Umno negeri enggan mendedahkan apakah Ali Rustam telah memberi kebenaran pembubaan DUN.

"Tunggu sidang media," katanya kepada Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS