137,000 komputer telah diagih, kata Radzi
PARLIMEN l Sejumlah 137,987 komputer riba telah diedarkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di 1,169 sekolah di seluruh negara, setakat 9 Oktober lalu.
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, berkata sebanyak 6,387 komputer riba telah diterima oleh Yayasan Hasanah yang bertanggungjawab untuk mengedarkan komputer riba berkenaan dalam masa terdekat.
"Baki 5,626 unit akan diedarkan sebaik sahaja Yayasan Hasanah menerimanya," katanya dalam jawapan bertulis pada Isnin.

Mohd Radzi berkata demikian sebagai menjawab Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang bertanya kepadanya mengenai status agihan 150,000 komputer riba yang dijanjikan di bawah inisiatif Cerdik, serta pecahan unit yang diterima oleh setiap negeri.
Sebelum ini, menteri pendidikan mendedahkan pada 18 September bahawa hanya 111, 040 komputer riba yang telah diedarkan pada ketika itu.
Semua 150,000 komputer riba dijangka dihantar kepada pelajar keluarga berpendapatan rendah pada akhir September tahun ini.

