Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jenazah kanak-kanak autistik selamat dikebumikan
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Jenazah kanak-kanak perempuan menghidap autisme berusia lapan tahun yang ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah van semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sendayan hari ini.

Jenazah mangsa yang dibawa dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban tiba di lokasi pengebumian pada 2.30 petang dengan kehadiran kira-kira 50 anggota keluarga dan suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sebaik sahaja jenazah dimasukkan ke liang lahad.

“Terima kasih kepada semua yang hadir, saya minta maaf jika anak saya ini ada melakukan kesalahan selama ini,” kata bapa mangsa yang enggan dikenali sebelum beredar dari tanah perkuburan tersebut.

Pasangan suami isteri itu juga enggan mengulas lanjut mengenai punca kematian anak mereka walaupun bedah siasat telah dijalankan pihak hospital.

Media melaporkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pemandu van berusia 34 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

- Bernama

Lihat Komen
ADS