mk-logo
Berita
SPRM siasat projek tambak laut di Melaka
Diterbitkan:  Oct 13, 2021 9:49 PM
Dikemaskini: 1:56 PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuka satu kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.

“Aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM akan dikepilkan dalam kertas siasatan berkenaan dan SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Lokman berkata pihaknya ada menerima maklumat terdapat individu menerima rasuah untuk mempengaruhi kerajaan berkenaan bagi dianugerahkan projek terbabit.

“SPRM perlu melaksanakan siasatan segera memastikan nama baik Umno dapat diselamatkan sebelum individu berkenaan dinamakan sebagai calon pilihan raya …serta menjejaskan kemenangan calon-calon Umno lain yang bersih,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM, di Putrajaya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS