Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
8,084 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Oct 14, 2021 2:28 PM
Dikemaskini: 12:18 PM

Kementerian Kesihatan hari ini (14 Okt) melaporkan 8,084 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,369,613.

Berbanding semalam yang menyaksikan 7,950 kes baru Covid-19, perkembangan itu adalah satu peningkatan.

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (13 Okt) di mana 7,950 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,449)
  • Sarawak (1,165)
  • Kelantan (958)
  • Sabah (751)
  • Johor (703)
  • Terengganu (499)
  • Kedah (489)
  • Pulau Pinang (474)
  • Perak (405)
  • Pahang (342)
  • Kuala Lumpur (309)
  • Melaka (188)
  • Negeri Sembilan (167)
  • Perlis (32)
  • Putrajaya (19)
  • Labuan (0)

Jumlah kes baru 342 di Pahang adalah yang terendah sejak 23 Julai.

 

 

Kadar kebolehjangkitar (Rt) melebihi 1.00 di dua negeri dan wilayah, iaitu Putrajaya (1.07) dan Negeri Sembilan (1.03). Perlis mencatat 0.99.

Rt di atas 1.00 menunjukkan penularan semakin pantas. Sementara Rt di bawah 1.00 menunjukkan penularan semakin perlahan.

Kluster

Sehingga kini, 744 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 17 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Kluster yang sedang berlangsung telah menurun sebanyak 18.3 peratus daripada 911 kluster aktif seminggu yang lalu.

Tujuh belas kluster baru hari ini terdiri daripada sembilan kluster tempat kerja (52.9 peratus), empat kluster komuniti (23.5 peratus), tiga kluster kumpulan berisiko tinggi (17.6 peratus) dan satu kluster institusi pendidikan swasta (5.9 peratus).

Lihat Komen
ADS