Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
63 kematian akibat Covid-19, terendah dalam 105 hari
Diterbitkan:  Oct 18, 2021 8:25 AM
Dikemaskini: 12:28 AM

Kementerian Kesihatan melalui laman web Github melaporkan sejumlah 63 kematian akibat Covid-19 semalam (17 Okt), menjadikan jumlah kematian terkumpul kini adalah sebanyak 27,921.

Ini adalah jumlah kematian yang paling rendah dalam tempoh 105 hari.

Daripada jumlah kematian yang baru dilaporkan semalam, 17.5 peratus atau 11 orang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima rawatan di hospital.

Sarawak mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu seramai 13 orang atau 20.6 peratus daripada kematian yang baru dilaporkan.

Ini diikuti Johor (9), Sabah (7), Selangor (6), Perak (5), Kedah (4), Melaka (4), Pulau Pinang (4), Kuala Lumpur (3), Kelantan (2) , Pahang (2), Perlis (2), Negeri Sembilan (1) dan Terengganu (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 53 daripada 63 kematian yang dilaporkan atau 84.1 peratus berlaku dalam temppoh tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 173 kematian dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 85 kes dalam tempoh tujuh hari, sekali gus menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, sebanyak 1,713 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Sebanyak 9,680 kematian dilaporkan pada bulan September, 7,642 pada bulan Ogos, 3,858 pada bulan Julai dan 2,380 pada bulan Jun.

Setakat semalam, terdapat 92,246 kes Covid-19 yang masih aktif. Ini adalah pengurangan 20.9 peratus daripada 116,596 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 58.3 peratus daripada 221,340 kes.

Lihat Komen
ADS