Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,828 kes baru Covid-19, hanya dua kluster baru
Diterbitkan:  Oct 23, 2021 2:06 PM
Dikemaskini: 1:15 PM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,828 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,426,050.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 12.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sejak 9 Okt, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (22 Okt) di mana 6,630 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,322)
  • Sarawak (750)
  • Sabah (641)
  • Kelantan (589)
  • Johor (548)
  • Pulau Pinang (440)
  • Terengganu (439)
  • Kedah (432)
  • Perak (381)
  • Kuala Lumpur (322)
  • Pahang (302)
  • Negeri Sembilan (192)
  • Melaka (183)
  • Putrajaya (44)
  • Perlis (43)
  • Labuan (2)

Jangkitan baru hari ini merangkumi 5,569 rakyat Malaysia (95.6 peratus) dan 259 bukan warganegara (4.4 peratus).

Jumlah pesakit Covid-19 yang pulih hari ini ialah 9,178.

Pesakit di ICU: 620
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 297

 

Setakat hari ini, jumlah pesakit Covid-19 (termasuk yang disyaki) di unit rawatan rapi (ICU) adalah 10.7 peratus lebih rendah berbanding minggu lalu.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan juga menurun sebanyak 13.7 peratus berbanding seminggu yang lalu.

Kluster

Sehingga kini, 557 kluster Covid-19 masih aktif, termasuk 2 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kluster yang sedang berlangsung telah menurun sebanyak 20.7 peratus daripada 702 kluster aktif seminggu yang lalu.

Dua kluster baharu hari ini terdiri daripada dua kluster tempat kerja.

 

Lihat Komen
ADS