Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Baru Bian kecewa penangguhan pindaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963
Diterbitkan:  Oct 24, 2021 11:44 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Ahli parlimen dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) Baru Bian menyuarakan kekecewaan terhadap penangguhan pindaan pindaan perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

"Ini satu kekecewaan buat penduduk Sarawak dan Sabah yang menunggu sekian lama untuk melihatnya berlaku.

"Saya terkejut yang pendirian peguam negara tidak diminta terlebih dahulu terutama berhubung perkara sepenting pindaaan Perlembagaan Persekutuan.

"Pelbagai aspek dalam rang undang-undang (RUU) itu sepatutnya diperjelas kabinet sebelum taklimat rasmi diberikan ahli parlimen berkenaan cadangan pindaan ketika sidang Dewan Rakyat baru-baru ini," kata Ahli Parlimen Selangau itu dalam kenyataan ini.

Pada 23 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan pindaan perlembagaan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetap akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Oktober ini.

Namun, dia berkata bacaan kedua - yang pada mulanya dijadual dua hari kemudian - ditangguhkan bagi membolehkan Peguam Negara Idrus Harun memberi penjelasan berkenaannya kepada jemaah menteri.

Namun, Baru beranggapan ia bukanlah satu pindaan yang rumit, hanya untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak.

"Masih tidak terlambat untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan dan semua orang Sarawak dan Sabah menunggu-nunggu RUU ini dibentang di Parlimen.

"Saya harap (penangguhan) tidak terlalu lama. Saya teruja untuk menyertai perbahasan bagi menyokong cadangan pindaan," katanya lagi.

RUU ini antara lain berhasrat meminda Perkara 1 (2) untuk mentakrifkan semula "negeri-negeri persekutuan" sebagai negeri-negeri Malaya (Semenanjung Malaysia) dan negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).

Ia juga mahu meminda erkara 160 (2) 160 (2) untuk memasukkan Hari Malaysia sebagai 16 September 1963 dan mentakrifkan semula "Persekutuan".

Perkara 161A juga akan dipinda untuk mentakrifkan semula “bumiputera” Sarawak dan membolehkan individu diberi status itu jika ibu atau bapa mereka adalah orang asal Sarawak.

Pindaan juga akan memberi kuasa kepada Sarawak untuk menetapkan kaum yang diiktiraf sebagai bumiputera.

Pada April 2018, ketika pentadbiran PH, pindaan perlembagaan perjanjian ini gagal diluluskan di Dewan Rakyat kerana gagal mendapat majoriti dua pertiga, setelah 59 ahli parlimen berkecuali daripada mengundi.

Lihat Komen
ADS