Facebook membuat penjenamaan semula besar-besaran dengan menukar nama korporatnya kepada Meta.
Menurut syarikat itu, langkah itu selari dengan kegiatan syarikat itu yang bukan lagi tertumpu kepada media sosial tetapi juga memasuki bidang baru seperti realiti maya (VR).
Pertukaran nama itu bagaimanapun tidak melibatkan platform individu seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Langkah itu dibuat setelah muncul banyak berita negatif mengenai syarikat itu, berdasarkan dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh bekas pekerjanya.
